Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Untuk post kali ini, ana nak sentuh tentang bacaan dalam solat 5 waktu kita.
Sepatutnya
untuk kita khusyuk dalam setiap solat supaya solat itu diterima ALLAH
kerana itulah amalan yang pertama akan dihisab di akhirat kelak.Tapi tak
dinafikan, bukan mudah untuk khusyuk dalam solat.Salah satu caranya
ialah kita paham setiap ape yang kita baca dalam solat tu. So, kat sini
ade beberapa bacaan yang di dalam solat yang telah diterjemahkan.
LAFAZ NIAT SOLAT
Sahaja aku solat fardhu subuh 2 rakaat tunai kerana ALLAH Ta'ala.
Sahaja aku solat fardhu zuhur 4 rakaat tunai kerana ALLAH Ta'ala.
Sahaja aku solat fardhu asar 4 rakaat tunai kerana ALLAH Ta'ala.
Sahaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat tunai kerana ALLAH Ta'ala.
Sahaja aku solat fardhu isyak 4 rakaat tunai kerana ALLAH Ta'ala.
TAKBIRATUL IHRAM
ALLAH Maha Besar
DOA IFTITAH
ALLAH Maha Besar sebesar-besarnya dan Segala Puji bagi ALLAH sebanyak-banyaknya dan Maha Suci ALLAH siang dan malam. Ku hadapkan mukaku kepada yang menciptakan langit dan bumi, aku cenderong lagi berserah kepada ALLAH dan bukanlah aku dari golongan yang menyekutukan ALLAH. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana ALLAH Tuhan sekalian alam. Tidaklah aku menyekutukanNYA dan demikian aku ditugaskan dan aku dari golongan orang Islam.
SURAT AL-FATIHAH
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala Puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam.
Raja pada hari pembalasan.
Hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau kami minta pertolongan.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
Jalan mereka yang diberikan nikmat, bukan jalan mereka yang ingkar dan meraka yang sesat.
BACAAN RUKUK
Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung dengan sifat kepujianNYA.
IKTIDAL
ALLAH mendengar akan orang yang memujiNYA.
Tuhan kami. BagiMU Segala Puji.
BACAAN SUJUD

Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujianNYA.
DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Tuhanku ampunilah aku, dan rahmatilah aku, dan cukupkanlah aku, dan angkatlah darjatku, dan berilah rezeki padaku, dan berilah aku hidayah, dan afiatkanlah aku, dan maafkanlah aku.
TAHIYAT
Segala ucapan selamat yang berkat dan selawat yang baik-baik semuanya untuk ALLAH.
Selamat sejahtera atasmu wahai nabi dan rahmat ALLAH dan keberkatanNYA,
Selamat sejahtera atas kami dan ke atas hamba-hamba ALLAH yang soleh.
Aku mengaku tiada Tuhan melainkan ALLAH dan aku mengaku bahwa Muhammad itu pesuruh ALLAH.
Ya ALLAH, anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad. Seperti Engkau sejahterakan atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim.
Dan berkatilah atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad.
Seperti Engkau berkati Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.
SALAM

Sejahtera ke atas kamu dan rahmat ALLAH.
DOA QUNUT
Tuhanku, berikanlah hidayah padaku seperti orang yang telah Engkau beri hidayah.
Dan afiatkanlah aku seperti orang yang Engkau afiatkan.
Dan pimpinlah aku seperti orang yang telah Engkau pimpin.
Dan berkatilah aku pada apa-apa yang Engkau berikan.
Dan peliharalah aku dari kejahatan yang telah Engkau qadhakan.
Maka sesungguhnya Engkau yang menghukum bukannya Engkau yang dihukum.
Dan sesungguhnya tidak terhina orang yang telah Engkau pimpin.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.
Amat berkat bagiMu Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau.
Maka bagiMu pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.
Dan ampunkanlah aku dan taubat aku kepada Engkau.
Dan ALLAH sejahterakan ke atas junjungan kami Muhammad yang ummiy (tidak tahu membaca) dan ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
# Selepas bacaan Surah Al-Fatihah, perlu ade bacaan surah yang lain.Moga surah yang lain itu juga dihafal akan maknanya. Semoga ilmu yang sedikit ini dapat memberi manfaat untuk kita perbaiki solat sehari-harian kita. =) ♥
~ALLAHu'alam~