CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 31 May 2013

BAQARAH : 286




Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam.
Selawat serta salam ke atas nabi junjungan, Muhammad SAW.

Assignment?? Test?? Presentation?? Astaghfirullah Al Azim. Ni semua yang tengah ana hadapi. Alhamdulillah, minggu ni ana cuti seminggu sempena Hari Wesak dan Hari Gawai. InshaALLAH, esok ana akan kembali ke Shah Alam untuk terus kan perjuangan sebagai pelajar muslimah dalam niat untuk menjadi salah seorang hambaNYA yang berusaha untuk menegakkan agamaNYA di muka bumi ini.

Assignment??
  • Taxation
  • Macroeconomic
  • Statistics
Test??
  • Statistics
  • Marketing
  • Taxation
  • Macroeconomic
  • Accounting
Presentation??
  • Marketing
  • Macroeconomic
ASTAGHFIRULLAH AL-AZIM..

Semua yang tertera kat atas ni perlu diselesaikan dalam mase 3 minggu ni, sebelum study week yang mule 22hb Jun ni..Dan believe lah , tak de 1 pun yang ana dah settle kan ! Minggu yang sangat menguji keimanan ana sebagai seorang pelajar. Tapi , alhamdulillah ayat ni

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا

(2:286)

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..."
Ditambah lagi..

لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ

"Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya..."

Ayat ni beri inspirasi untuk ana tempuh segala ujian yang DIA sudah, sedang, akan aturkan untuk ana..
Husnuzon, DIA tahu ape yang terbaik untuk hamba-hambaNYA.. :)

<3 ALLAH ! ^____*

Wednesday, 24 April 2013

Dari Hawa Untuk Adam




Jadilah seorang lelaki
Yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah 

Thursday, 7 February 2013

10 Sebab Doa Tidak Dimakbulkan


Dari Syaqiq Al Balkhi berkata : "Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya:
"Ya Abu Ishaq, Allah berfirman; bermaksud
"Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan. Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan!".

Ibrahim bin Adham menjawab: "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".


  1. Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.
  2. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
  3. Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
  4. Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunahnya.
  5. Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke syurga.
  6. Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
  7. Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.
  8. Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.
  9. Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.
  10. Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka. 
~Wassalam~

Wednesday, 6 February 2013

Fahamkah Bacaan dalam Solat??

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Untuk post kali ini, ana nak sentuh tentang bacaan dalam solat 5 waktu kita.
Sepatutnya untuk kita khusyuk dalam setiap solat supaya solat itu diterima ALLAH kerana itulah amalan yang pertama akan dihisab di akhirat kelak.Tapi tak dinafikan, bukan mudah untuk khusyuk dalam solat.Salah satu caranya ialah kita paham setiap ape yang kita baca dalam solat tu. So, kat sini ade beberapa bacaan yang di dalam solat yang telah diterjemahkan.







LAFAZ NIAT SOLAT

Sahaja aku solat fardhu subuh 2 rakaat tunai kerana ALLAH Ta'ala.
Sahaja aku solat fardhu zuhur 4 rakaat tunai kerana ALLAH Ta'ala.


Sahaja aku solat fardhu asar 4 rakaat tunai kerana ALLAH Ta'ala.
Sahaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat tunai kerana ALLAH Ta'ala.
Sahaja aku solat fardhu isyak 4 rakaat tunai kerana ALLAH Ta'ala.


TAKBIRATUL IHRAM



ALLAH Maha Besar


DOA IFTITAH


ALLAH Maha Besar sebesar-besarnya dan Segala Puji bagi ALLAH sebanyak-banyaknya dan Maha Suci ALLAH siang dan malam.  Ku hadapkan mukaku kepada yang menciptakan langit dan bumi, aku cenderong lagi berserah kepada ALLAH dan bukanlah aku dari golongan yang menyekutukan ALLAH. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana ALLAH Tuhan sekalian alam. Tidaklah aku menyekutukanNYA dan demikian aku ditugaskan dan aku dari golongan orang Islam.


SURAT AL-FATIHAH


Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala Puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam.
Raja pada hari pembalasan.
Hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau kami minta pertolongan.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
Jalan mereka yang diberikan nikmat, bukan jalan mereka yang ingkar dan meraka yang sesat.


BACAAN RUKUK


Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung dengan sifat kepujianNYA.


IKTIDAL

ALLAH mendengar akan orang yang memujiNYA.
Tuhan kami. BagiMU Segala Puji.


BACAAN SUJUD



Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujianNYA.


DUDUK ANTARA DUA SUJUD


Tuhanku ampunilah aku, dan rahmatilah aku, dan cukupkanlah aku, dan angkatlah darjatku, dan berilah rezeki padaku, dan berilah aku hidayah, dan afiatkanlah aku, dan maafkanlah aku.


TAHIYAT





Segala ucapan selamat yang berkat dan selawat yang baik-baik semuanya untuk ALLAH.
Selamat sejahtera atasmu wahai nabi dan rahmat ALLAH dan keberkatanNYA,
Selamat sejahtera atas kami dan ke atas hamba-hamba ALLAH yang soleh.
Aku mengaku tiada Tuhan melainkan ALLAH dan aku mengaku bahwa Muhammad itu pesuruh ALLAH.
Ya ALLAH, anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad. Seperti Engkau sejahterakan atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim.
Dan berkatilah atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad.
Seperti Engkau berkati Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.


SALAM


Sejahtera ke atas kamu dan rahmat ALLAH.


DOA QUNUT



Tuhanku, berikanlah hidayah padaku seperti orang yang telah Engkau beri hidayah.
Dan afiatkanlah aku seperti orang yang Engkau afiatkan.
Dan pimpinlah aku seperti orang yang telah Engkau pimpin.
Dan berkatilah aku pada apa-apa yang Engkau berikan.
Dan peliharalah aku dari kejahatan yang telah Engkau qadhakan.
Maka sesungguhnya Engkau yang menghukum bukannya Engkau yang dihukum.
Dan sesungguhnya tidak terhina orang yang telah Engkau pimpin.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.
Amat berkat bagiMu Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau.
Maka bagiMu pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.
Dan ampunkanlah aku dan taubat aku kepada Engkau.
Dan ALLAH sejahterakan ke atas junjungan kami Muhammad yang ummiy (tidak tahu membaca) dan ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


# Selepas bacaan Surah Al-Fatihah, perlu ade bacaan surah yang lain.Moga surah yang lain itu juga dihafal akan maknanya. Semoga ilmu yang sedikit ini dapat memberi manfaat untuk kita perbaiki solat sehari-harian kita. =) ♥

~ALLAHu'alam~










Friday, 25 January 2013

Sendiri Menyepi ~ Edcoustic

Sendiri menyepi
Tenggelam dalam renungan
Ada apa aku
Seakan ku jauh dari ketenangan

Perlahan ku cari
Mengapa diriku hampa
Mungkin ada salah
Mungkin ku tersesat
Mungkin dan mungkin lagi

Oh Tuhan aku merasa
Sendiri menyepi
Ingin ku menangis
Menyesali diri
Mengapa terjadi

Sampai kapan ku begini
Resah tak bertepi
Kembalikan aku pada cahaya-Mu
Yang sempat menyala
Benderang di hidupku

Perlahan ku cari
Mengapa diriku hampa
Mungkin ada salah
Mungkin ku tersesat
Mungkin dan mungkin lagi

Oh Tuhan aku merasa
Sendiri menyepi
Ingin ku menangis
Menyesali diri
Mengapa terjadi

Sampai kapan ku begini
Resah tak bertepi
Kembalikan aku pada cahaya-Mu
Yang sempat menyala

Oh Tuhan aku merasa
Sendiri
Aku merasa semdiri

Sampai kapan begini
Resah tiada bertepi

Ku ingin cahaya-Mu
Benderang di hidupku

Wednesday, 23 January 2013

Salam Maulidur Rasul...! =)



ALLAHumma solli 'ala saiyidina Muhammad...
Ya ALLAH , sejahtera kan lah ke atas Nabi Muhammad..


Alhamdulillah.. Selamat Menyambut Maulidur Rasul 12 Rabbiul Awal 1434 Hijrah..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah , tuhan sekalian alam..bersyukur kita kehadrat NYA kerana  menjadi hamba-hamba NYA yang terpilih menerima nikmat yang terbesar iaitu nikmat sebagai seorang Islam..! =)



Sempena menyambut kelahiran Baginda pada hari ini , marilah kita perbanyak kan selawat ke atas Baginda..
Sabda Nabi SAW "Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwa Rasulullah SAW bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku." (Hadis Riwayat At-Trimidzi)

Salam sejahtera ke atas Baginda yang telah berusaha menyampaikan Islam ke seluruh umat sehingga kita sendiri dapat merasai nya sekarang..ALLAHU.. =')

-AkuRinduMuhammadku- ^_____^

Tuesday, 11 December 2012

Jom jadi DURIAN !!


Durian?? kenapa dengan durian?? Bagi yang x tahan bau nye, sah2 tutup hidung..tapi bagi yang "giler durian" , mereka2 ni sanggup jew bau durian ni, x kire la bau dlm umah kew, kat pasar mlm kew or dlm bas sekali pn..dh name pn "giler durian" la kate kan..

Tapi...ade ape dengan durian ni?? Best sangat kew durian ni?? Bagi yang "giler durian" mcm ana ni sah2 la kate durian ni best..KENAPE?? sbb tgk jew la pade warna yang kuning tu...perrggghhh laa weeehhh.. terliur!! nak2 kalau warne kuning yang menyerlah tu..gilerrr laaa! yang tu mmg kene rase!..

Then, bau die pulak yang "menyengat" hidung tu...dari jauh pn dh boleh bau..jumaat lepas,mase ana nk balik kampung dgn bas, tengah2 duduk tu,tetibe bau durian..mak aaaiii!! ade penumpang bwk naek durian daa... bayang kn la bau durian dlm bas yang ade aircond lagi tu..

Sekarang ade lak jenis "MUSANG KING" and "D24".. yang ni durian yang dah dikacuk kan...dikacuk kan dengan yang mane tu, ana pun tak tau..huhuhu..tapi yang pasti, durian2 jenis ni banyak jual kat tepi jalan2 or kat pasar malam..ade yang dijula sebiji RM5 and ade yang dijual sampai RM13 sebijik!!!! giler la.. bagi yang "giler durian", musim ni la yang ditunggu-tunggu... tak kesah la bape harga nya, ade beli and rase 1 bijik pun jadi la...

Ape yg ana nk highlight kn kat sini ialah:
KENAPE AJAK JADI DURIAN??

  • JADI LAH WARNA KUNING YANG MENYERLAH...!
    Disebabkan warna nya yang menyerlah tu lah, orang tertarik nak rase durian ni. Ini lah yang perlu ade pada setiap da'ie..Untuk berdakwah dan memastikan dakwah kite berjaye, kite jadilah warna kuning yang menyerlah tu. Dengan menyerlah nya dan kreatif nye kite dalam berdakwah, baru la manusia yang lain tertarik dan akan cube mendekati kite untuk mendekatkan diri dan berubah menjadi hamba NYA yang lebih baik.

  • JADI LAH BAU NYA YANG "MENYENGAT"..!
    Bau ni jugak la yang jadi faktor orang tak senang duduk and bau ni jugak yang menarik perhatian si "giler durian". Para da'ie perlu kan kelebihan ni..maksudnye, dimane2 sahaje, manusia akan pandang para da'ie ni..Bukan untuk dipandang,untuk dimegah2 kan...tapi dipandang untuk dikenali sebagai mereka yang hebat dalam menyampaikan dakwah uttuk menuju jalan NYA.

  • JADI LAH "MUSANG KING" & D24...!
    Durian jenis ni mesti lah durian yang dikejar2 kat mane2 pasar malam or gerai yang jual buah2 durian. Para pendakwah harus lah ade sikap "MUSANG KING" dlm diri. Jadi para da'ie yang di ingini dalam menyampai kan dakwah untuk manusia di muka bumi ALLAH ini. Seperti RASULLAH SAW yang walaupun ditolak oleh penduduk Mekah, tetapi Baginda sangat di ingini dan dialu-alu kan oleh penduduk Madinah.

    "Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah, lalu berilah peringatan!"

    74: 1-2


    Semoge kite menjadi durian yang di ingin-ingin kan dalam menyampaikan dakwah menuju jalan NYA dan bukan durian yang tak disukai kerana konon nye baunye busuk.!

    ~SALAM DAKWAH~