CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 3 December 2014

Lari dari realiti

Kalau ikot kan hati , nak balik malam ni jugak. Dengan kehidupan kat Palam ni banyak dugaannya . Dari lecturer, subjek , dari kawan2 nya. Allah..rase x tertanggung. Rase nak stop belajar , duk umah , tido ! Lari dari realiti. Tapi bile pikir balik , bukan aku sorang je ade masalah. Xde org yg xde masalah dlm dunia ni. Sedangkan Muhammad kekasih Allah pn diduga dgn masalah. Apetah lagi aku ni. Emm. Hamba yg hina semate.Ape special nye aku dr Muhammad ?? Allah. Kuatkan lah aku. Kuatkan lah iman aku. Aminnn.


Sunday, 26 October 2014

Ingatkan aku

Allah , ingatkanlah aku. Berhenti bepikir soal jodoh. Fokus utk bina iman. Iman yg sentiase ade turun naik. Mati bertemu Kau itu pasti.

Jujur aku geli bile bace post kt fb , tweet , ig yg cakap2 sal jodoh. Tipu la aku xpikir lgsg . Tp mende ni aku ase bia sendiri2 je la. Tak perlu cite kt sume org. Tambah2 lg yg post tu , perempuan tudung labuh , brother ala-ala geng surau gitu. Bukak la mate tu, takot org2 yg bace tu judge ooo mcm ni budak2 kuat agame ni. Seyez aku x suke. Bukan la aku kate aku budak kuat agame. Tp aku budak yg ade agame. Mesti aku ase malu same.

Jangan sampai agame jd fitnah kt diri. Beragame bagai2  utk cari jodoh yg beragame. Eh tolongla , matlamat hidup kt dunia ni utk jd abid n khalifah. Kahwin tu salah 1 ibadah. Tp bukan itu semate !

Bangun lah umat. Kita dah cukup nazak sekarang ni. Bukan mase nye dah lena dibuai mimpi. Cipta angan2 x pasti. Persiapkan diri utk bertemu Ilahi.

Tuesday, 14 October 2014

Ku menunggu

Aku menunggu.
Mohon ini tak jd sia-sia.
Setiap hari aku berdoa.
Moge ditunjukkan kebenaran.
Agar aku tak salah pilihan.

Tuhan , hanya kepadaMu.
Tiada yg lain,
Tempat aku mengadu
Tempat aku memohon

Tunjukkanlah..
Moge ini bukan sia-sia.
Walaupun hati aku masih meragu.
Kuat,
Kuat meragu.

Aku takot.
Takot bukan itu keputusanMu.
Tunjukkanlah Tuhan..





Friday, 10 October 2014

Tak akan pernah sempurna

Aku yakin, sume tau manusia tu x sempurna. Tapi x sume ingat kenyataan tu.
"MANUSIA TAK SEMPURNA".

Penat .
Penat aku nak lawan segale nafsu dalam diri. ye, aku masih belajar nak jadi yg lebih baik. Banyak kurang diri aku ni. Musuh terbesar aku adalah diri aku sendiri. Macam mane aku nk lawan nafsu marah aku. Hmm. Kate-kate akak naqibah yg aku still ingt sampai skang. ..."mungkin kite selalu marah-marah tu sebab iman kite bkurang..." ya ALLAH.. aku x kuat. Aku cube tp kadang2 tewas. Selalu jugak tewas ! Hmm.

Aku tak sempurna dan aku tak akan pernah sempurna.

Friday, 31 May 2013

BAQARAH : 286




Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam.
Selawat serta salam ke atas nabi junjungan, Muhammad SAW.

Assignment?? Test?? Presentation?? Astaghfirullah Al Azim. Ni semua yang tengah ana hadapi. Alhamdulillah, minggu ni ana cuti seminggu sempena Hari Wesak dan Hari Gawai. InshaALLAH, esok ana akan kembali ke Shah Alam untuk terus kan perjuangan sebagai pelajar muslimah dalam niat untuk menjadi salah seorang hambaNYA yang berusaha untuk menegakkan agamaNYA di muka bumi ini.

Assignment??
  • Taxation
  • Macroeconomic
  • Statistics
Test??
  • Statistics
  • Marketing
  • Taxation
  • Macroeconomic
  • Accounting
Presentation??
  • Marketing
  • Macroeconomic
ASTAGHFIRULLAH AL-AZIM..

Semua yang tertera kat atas ni perlu diselesaikan dalam mase 3 minggu ni, sebelum study week yang mule 22hb Jun ni..Dan believe lah , tak de 1 pun yang ana dah settle kan ! Minggu yang sangat menguji keimanan ana sebagai seorang pelajar. Tapi , alhamdulillah ayat ni

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا

(2:286)

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..."
Ditambah lagi..

لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ

"Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya..."

Ayat ni beri inspirasi untuk ana tempuh segala ujian yang DIA sudah, sedang, akan aturkan untuk ana..
Husnuzon, DIA tahu ape yang terbaik untuk hamba-hambaNYA.. :)

<3 ALLAH ! ^____*

Wednesday, 24 April 2013

Dari Hawa Untuk Adam




Jadilah seorang lelaki
Yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah 

Thursday, 7 February 2013

10 Sebab Doa Tidak Dimakbulkan


Dari Syaqiq Al Balkhi berkata : "Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya:
"Ya Abu Ishaq, Allah berfirman; bermaksud
"Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan. Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan!".

Ibrahim bin Adham menjawab: "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".


  1. Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.
  2. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
  3. Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
  4. Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunahnya.
  5. Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke syurga.
  6. Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
  7. Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.
  8. Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.
  9. Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.
  10. Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka. 
~Wassalam~